Para peminat badminton khususnya di tanah air akan disajikan dengan pertembungan melibatkan juara Kejohanan Dunia BWF pada tahun 2022 dan 2023 pada peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2024.
Pertembungan ini tercetus apabila beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik merangkap juara dunia 2022 meraih kemenangan ke atas beregu senegara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pada pusingan 16, hari ini.
Gandingan pemain berusia 26 dan 25 tahun masing-masing itu mencatatkan kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-15 dan 21-16 dalam tempoh 37 minit.
PETRONAS Malaysia Open 2024
MD – R16
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇲🇾GOH Sze Fei
15 16 🇲🇾Nur IZZUDDIN🕚 in 37 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 11, 2024
Terdahulu, juara dunia 2023 dari Korea, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir apabila menumpaskan wakil Chinese Taipei, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan.
Pertarungan itu turut dimenangi oleh Kang-Seo secara “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-14.
Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik dan Kang-Seo pernah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini dan ianya berakhir dengan seimbang dimana kedua-duanya meraih satu kemenangan masing-masing.
PETRONAS Malaysia Open 2024
MD – R16
🇰🇷KANG Min Hyuk🏅
21 21 🇰🇷SEO Seung Jae🏅
LEE Jhe-Huei
13 14 YANG Po-Hsuan🕚 in 34 minutes
— BWFScore (@BWFScore) January 11, 2024
Featured Image: Badminton Association of Malaysia