Artikel

Harimau Malaya, Safee Sali Disertakan Secara Rasmi Dalam eFootball 2024

Para penyokong dan peminat bola sepak tanah air kini boleh memainkan skuad kebangsaan atau nama julukannya iaitu Harimau Malaya di dalam permainan simulasi, eFootball 2024.

Perkembangan ini hadir apabila penerbitnya, Konami menyertakan skuad Harimau Malaya secara rasmi di dalam eFootball 2024, pada hari ini.

Penyertaan skuad Harimau Malaya itu menjadi satu realiti selaras dengan kerjasama Konami bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dimana turut mengintegrasikan kejohanan Piala Asia 2023 Qatar. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sukanz. (@sukanzcom)

Seperti kita sedia maklum, Harimau Malaya akan turut sama menyertai pertandingan yang berlangsung setiap empat tahun sekali itu selepas disahkan layak secara merit buat julung kalinya selepas 42 tahun, pada tahun lalu.

Bukan itu sahaja, eFootball 2024 turut sama menyertakan kad istimewa pemain-pemain skuad Harimau Malaya seperti Dion Cools, Arif Aiman, Faisal Halim, Corbin-Ong, Matt Davies, Safawi Rasid, Darren Lok, Dominic Tan, V. Ruventhiran, Nazmi Faiz Mansor dan Syihan Hazmi.

Dimaklumkan, kad istimewa para pemain skuad Harimau Malaya ini boleh didapati secara percuma bermula 11 Januari hingga 29 Februari 2024.

Tidak terhenti setakat itu, satu detik bersejarah dalam bola sepak realiti dan maya tanah air apabila bekas penyerang skuad Harimau Malaya, Safee Sali secara rasminya menyertai senarai legenda bola sepak di dalam eFootball 2024.

Penyertaan Safee yang membantu Harimau Malaya menjulang Piala AFF 2010 itu diwakilkan dengan jenis kad “EPIC” yang bermula dengan rating 79 dan boleh ditingkatkan tahapnya sehingga rating 93.

komen