Lee Zii Jia Sahut Panggilan BAM Sertai Skuad BATC 2024
January 12, 2024 Hafizuddin Omar

Skuad lelaki Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor pada bulan hadapan akan turut disertai oleh perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Lee Zii Jia.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, lewat petang semalam.

“Kami mengesahkan bahawa Lee Zii Jia & Pasukan LZJ dengan berbesar hati menerima jemputan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk berkhidmat pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia akan datang,” tulis kenyataan daripada pasukannya.

Sebagai rekod, Zii Jia yang kini berada di ranking kesebelas dunia merupakan salah satu tonggak utama yang membantu skuad lelaki negara merangkul kejuaraan BATC buat julung kalinya pada edisi 2022.

Sebagai rekod, Zii Jia telah menjadi anggota skuad lelaki negara sejak edisi 2018 yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Untuk makluman semua, BATC 2024 akan berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari 2024.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Team LZJ (@teamlzj)

Featured Image: Badminton Asia

Komen