Artikel

Legenda Liverpool, Man Utd Beraksi Di SNBJ Pada 27 April 2024

Barisan bekas pemain yang berstatus legenda daripada dua kelab ternama dalam kancah bola sepak Inggeris iaitu Liverpool dan Manchester United (Man Utd) akan turun beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perlawanan yang dianjurkan oleh AllStar Sports itu dinamakan sebagai “Battle Of The Reds” akan menemukan Liverpool Reds dan Manchester Reds dijadualkan berlangsung pada 27 April kelak dengan sepak mula jam 8.45 malam.

Skuad Liverpool Reds akan diketuai oleh bekas bek kirinya, John Riise sambil dibarisi oleh Emile Heskey, Vladimir Smicer, Patrick Berger, David James dan lain-lain lagi yang akan diumumkan secara rasmi.

Sementara itu, barisan awal Manchester Reds pula dikepalai oleh Teddy Sheringham serta Dwight Yorke dan Louis Saha termasuk berkemungkinan besar turut disertai oleh Jaap Stam.

Dimaklumkan oleh penganjur, harga tiket bagi menyaksikan perlawanan ini di SNBJ adalah bermula dari RM78 (terbuka) sehingga RM1,888 (VIP) dan jualan akan dimaklumkan oleh penganjur kelak.

Pada masa yang sama, AllStar Sports berganding bahu dengan Persatuan WeCareJourney untuk melancarkan “Art for Rare” – satu inisiatif tanggungjawab sosial sosial korporat (CSR) yang mempromosikan enam karya seni disertakan dengan autograf Teddy dan John untuk dijual bagi mengumumpul dana buat Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan,

Sebagai tanda komitmen, penganjur telah berjanji untuk menyumbangkan 100% hasil jualan daripada 376 tiket bagi katgeori berharga RM108 untuk menyokong Persatuan WeCareJourney.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @allstarsports.asia

komen