Legenda Skuad Kebangsaan, Khalid Ali Meninggal Dunia
February 6, 2024 Hafizuddin Omar

Arena bola sepak tanah air menerima perkhabaran yang mengejutkan apabila pemerhati bola sepak tempatan merangkap legenda skuad kebangsaan, Khalid Ali, meninggal dunia pada usia 66 tahun.

Berita mendukacitakan itu turut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, petang tadi.

Dimaklumkan, Khalid meninggal dunia setelah hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.

Sebagai rekod, Khalid merupakan pemain yang tidak asing menyarung jersi skuad kebangsaan dari tahun 1977 hingga 1985 semasa hayatnya.

Antara pencapaian terbaiknya adalah membantu skuad kebangsaan berjulukan Harimau Malaya layak ke temasya Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen