MSN, 100PLUS Lanjut Kerjasama Sehingga 2028 – Bernilai RM4 Juta
February 7, 2024 Hafizuddin Omar

Majlis Sukan Negara (MSN) dan jenama minuman isotonik No.1 Malaysia, 100PLUS mengumumkan melanjutkan kerjasama bagi tempoh lima tahun lagi iaitu sehingga tahun 2028.

Lanjutan kerjasama itu menyaksikan MSN menerima pakej penajaan dalam bentuk wang tunai serta barangan yang bernilai RM4 juta daripada syarikat pemilik jenama minuma berkenaan, F&N Beverages Marketing. 

Pada masa yang sama 100PLUS diangkat selaku Rakan Rasmi Minuman Isotonik dan Elektrolit MSN.

Sebagai rekod, kerjasama antara MSN dan 100PLUS telah bermula sejak tahun 2000 dan tahun ini ianya menandakan kerjasama tahun yang ke-25 melibatkan kedua-dua pihak.

100PLUS bukanlah jenama yang asing dalam arena sukan tanah air dimana mereka turut menaja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Selain itu, mereka juga menyokong atlet-atlet tanah air seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Datuk Azizulhasni Awang, Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Aaron Chia & Soh Wooi Yik, Pearly Tan & Thinaah Muralitharan dimana kesemua ini merupakan duta-dutanya.

Featured Image: MSN

Komen