Perlawanan akhir kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) edisi ke-34 akan menemukan Nigeria dan tuan rumah, Ivory Coast pada 12 Februari dengan sepak mula jam 4 pagi (waktu Malaysia).
Pasukan yang menghuni ranking ke-42 dunia, Nigeria terlebih dahulu mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila berjaya melakar kemenangan ke atas Afrika Selatan menerusi penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan skor 4-2.
Sebelum itu, Nigeria bimbingan Jose Peseiro dan Afrika Selatan terikat dengan skor 1-1 hasil jaringan William Troost-Ekong (67โ) dan Teboho Makoena (90โ) dalam waktu permainan sebenar.
๐น HIGHLIGHTS: ๐ณ๐ฌ (4)1-1(2) ๐ฟ๐ฆ
Intense 120 minutes then penalties paved Nigeriaโs way to the final. ๐ฅ#NGRRSA | #TotalEnergiesAFCON2023 | @Football2Gether
โ CAF (@CAF_Online) February 7, 2024
Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan ke pentas akhir yang kelapan buat Nigeria dalam sejarah penyertaannya dalam saingan AFCON.
Manakala kali terakhir skuad berjulukan Super Eagles ini muncul juara AFCON adalah pada edisi yang berlangsung pada tahun 2013 dengan menumpaskan Burkina Faso di Afrika Selatan.
Sementara itu, Ivory Coast kendalian ketua jurulatih โinterimโ Emerse Fae pula menempah tiket kemaraan yang sama susulan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas DR Congo.
Itโs too ๐๐๐๐๐๐๐. ๐ฎโ๐จ
Haller banged his #GoalOfTheDay perfectly! ๐คฏ@1xBet_Eng | #TotalEnergiesAFCON2023 pic.twitter.com/Fk4e02uYUZ
โ CAF (@CAF_Online) February 7, 2024
Jaringan tunggal Ivory Coast itu disumbangkan oleh penyerangnya yang kini beraksi bersama Borussia Dortmund, Sebastien Haller (65โ).
Untuk makluman, ini merupakan kemaraan kelima Ivory Coast ke perlawanan akhir AFCON selepas mencatatkan kemaraan yang sama pada edisi 2015, 2012, 2006 dan 1992.
Featured Image: Africa Cup of Nations