BATC: Beregu No.1 Thailand Berjaya ‘Pecah Telur’ Bertemu Pearly-Thinaah
February 15, 2024 Hafizuddin Omar

Beregu wanita Thailand yang kini menghuni ranking kesepuluh dunia, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai belum pernah mencatatkan sebarang kemenangan apabila bertemu gandingan wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan.

Bagaimanapun, rekod buruk tersebut terpadam pada hari ini apabila Jongkolphan-Rawinda berhasil merekodkan kemenangan sulungnya ke atas Pearly-Thinaah pada pertembungan melibatkan Malaysia dan Thailand dalam saingan terakhir Kumpulan Y di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Jongkolphan-Rawinda yang turun mewakili skuad wanita Thailand pada pertarungan kedua berhasil merekodkan kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-15 dan 21-19 dalam tempoh masa satu jam dan 8 minit.

Keputusan itu sekaligus menyebabkan Malaysia kini ketinggal 0-2 di tangan Thailand selepas perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei turut sama tumpas di tangan Supanida Katethong pada pertarungan pertama, pagi tadi.

Bagi pertarungan seterusnya, ianya melibatkan perseorangan wanita dimana Malaysia diwakili oleh Letshanaa Karupathevan manakala Thailand mempertaruhkan Busanan Ongbamrungphan. 

Sebagai rekod, Pearly-Thinaah pernah berentap menentang Jongkolphan-Rawinda sebanyak enam kali sebelum ini di Sukan Asia 2022, Terbuka Hong Kong 2023, Indonesia Masters 2022, Piala Uber 2022, Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2021.

Kesemua pertemuan terbabit dimenangan oleh Pearly-Thinaah.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen