Ranking BWF: Pearly-Thinaah Jatuh Ke Posisi No.15 Dunia
February 21, 2024 Hafizuddin Omar

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan merekodkan satu lagi penurunan dalam Ranking Dunia.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan gandingan pemain berusia 23 dan 26 tahun masing-masing terbabit kini menduduki ranking ke-15 dunia. 

Kedudukan itu dihuni oleh Pearly-Thinaah menerusi pungutan 61,061 mata daripada sepuluh kejohanan terbaiknya dalam tempoh 52 minggu lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah dilihat berada pada tangga ke-15 dunia adalah sekitar tiga tahun lalu atau secara spesifiknya pada 14 Mac 2021.

Sementara itu, beregu wanita yang lain seperti Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan Anna Cheong-Teoh Mei Xing kekal seperti minggu lalu iaitu ke-36 dan ke-57 dunia masing-masing.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen