Beregu badminton wanita No.2 negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien akan berhadapan gandingan adik beradik dari Bulgaria iaitu Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva pada pusingan 16 untuk merebut tiket ke suku akhir Terbuka Jerman 2024.
Pertembungan itu hadir selepas Vivian-Chiew Sien yang kini berada di ranking ke-36 dunia berhasil melakar kemenangan mudah ke atas wakil Austria, Serena Au Yeong dan Katharina Hochmeir pada pusingan 32, malam tadi (waktu Malaysia).
Vivian-Chiew Sien memenangi pertarungan itu secara “straight set” menerusi skor 21-9 dan 21-13 dalam tempoh masa 32 minit.
YONEX German Open 2024
WD – R32
🇲🇾Vivian HOO🏅
21 21 🇲🇾LIM Chiew Sien🏅
🇦🇹Serena AU YEONG
9 13 🇦🇹Katharina HOCHMEIR🕚 in 32 minutes
— BWFScore (@BWFScore) February 27, 2024
Sementara itu, Gabriela-Stefani yang berada pada ranking ke-26 dunia melangkah ke peringkat yang sama selepas menundukkan lawannya dari Turki, Bengisu Ercetin dan Nazlican Inci juga secara “straight set” 21-19 dan 21-9.
Sebagai rekod, Vivian-Chiew Sien dan Gabriela-Stefani pernah berentap sebanyak satu kali sebelum ini.
Bagaimanapun, pertembungan yang berlangsung di Terbuka Swiss 2022 itu berpihak kepada adik beradik Stoeva dengan kemenangan secara “straight set” 21-10 dan 21-16.
YONEX German Open 2024
WD – R32
🇧🇬Gabriela STOEVA🏅
21 21 🇧🇬Stefani STOEVA🏅
🇹🇷Bengisu ERCETIN
19 9 🇹🇷Nazlıcan INCI🕚 in 31 minutes
— BWFScore (@BWFScore) February 27, 2024