Artikel

Tan Cheng Hoe Tinggalkan Selangor FC, Kemudi Kelab Bola Sepak Di Thailand

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC hilang ketua jurulatihnya kira-kira dua bulan setengah sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2024-25.

Ini berikutan jurulatih kelahiran Kedah yang berusia 55 tahun itu akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih bagi sebuah kelab di Thailand, demikian makluman pihak kelab.

Seperti ramai ketahui, Cheng Hoe masih mempunyai kontrak bersama skuad berjulukan Gergasi Merah.

Justeru, pemergian Cheng Hoe untuk melatih kelab yang berpangkalan di negara jiran tetangga itu membolehkan Selangor FC menerima bayaran pampasan berdasarkan kontraknya.

Bagaimanapun, kelab baharu yang akan disertai oleh bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu masih lagi menjadi misteri.

Sebagai rekod, Cheng Hoe mula dilantik untuk mengemudi Selangor FC pada September 2022.

Sejak itu, selain muncul naib juara Liga Super, yang memberikan mereka slot ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Cheng Hoe juga telah membantu Selangor FC muncul naib juara Piala Malaysia 2022.

Featured Image: Malaysian Football League

komen