Beregu campuran No.3 negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil melepasi pusingan 32 Terbuka Jerman 2024.
Kesinambungan daripada kejayaan itu, Kian Meng-Pei Jing mengesahkan tempat ke pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 terbabit.
Menantinya di peringkat itu adalah beregu Indonesia yang kini berada pada ranking ke-18 dunia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari.
Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan terbabit pernah bertemu sebanyak tujuh kali dimana empat daripadanya berhasil dimenangi oleh Kian Meng-Pei Jing.
Namun begitu, pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasangan ini di Terbuka Indonesia tahun lalu berhasil dimenangi oleh Rinov-Pitha.
Terdahulu, Kian Meng-Pei Jing berhasil meraih kemenangan di pusingan 32 dengan menumpaskan beregu England, Gregory Mairs dan Jenny Mairs menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 24-22, 20-22 dan 21-19.
Sementara itu, Rinov-Pitha pula mara dengan menundukkan beregu Jerman, David Eckerlin dan Amelie Lehmann secara “straight set” menerusi skor 21-5 dan 21-14.
YONEX German Open 2024
XD – R32
🇲🇾TAN Kian Meng🏅
24 20 21 🇲🇾LAI Pei Jing🏅
🏴Gregory MAIRS
22 22 19 🏴Jenny MAIRS🕚 in 65 minutes
— BWFScore (@BWFScore) February 28, 2024