Teka-teki mengenai kelab baharu yang akan dibimbing oleh Tan Cheng Hoe di Thailand terjawab kira-kira 24 jam selepas dia berpisah dengan Selangor FC.
Bekas pengendali skuad kebangsaan berusia 55 tahun itu secara rasminya menjadi ketua jurulatih bagi Police Tero FC, demikian makluman oleh kelab itu sendiri.
Kehadiran Cheng Hoe kelahiran Kedah itu dikongsikan di pelbagai platform media sosial kelab berjulukan The Silver Shield Dragon, pada petang tadi.
View this post on Instagram
Susulan perlantikan Cheng Hoe selaku ketua jurulatihnya, Police Tero yang kini berada di tangga ke-14 liga mengumumkan ketua jurulatihnya sebelum ini, Worrawoot Srimaka dilantik sebagai pengarah teknikal kelab.
Di dalam makluman yang sama, Police Tero turut menyenaraikan pencapaian Cheng Hoe dalam bidang kejurulatihannya sebelum ini.
Antaranya membimbing Selangor FC muncul naib juara Liga Super 2023 selain membantu skuad bola sepak kebangsaan muncul naib juara Piala AFF (kini dikenali sebagai Piala ASEAN) pada edisi 2018.
Perlawanan pertama yang akan dikendalikan Cheng Hoe bersama Police Tero adalah menentang penghuni tangga kesembilan liga, Nakhon Pathom pada Sabtu nanti.
Featured Image: Police Tero FC