Artikel

Piala Presiden 2024: Johor Darul Ta’zim III Isi Kumpulan A

Majlis undian pada hari ini menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim III (JDT III) akan memulakan saingan Piala Presiden 2024 daripada Kumpulan A.

Turut sama diundi dalam kumpulan yang sama dengan mereka iailah Sabah FC, Terengganu FC III, Kuala Lumpur City FC, Perak FC III, AMD B-17, Melaka FA dan Kelantan FA.

Sementara itu, majlis undian yang sama memperlihatkan naib juara edisi lalu, Negeri Sembilan FC, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Kelantan United FC, Sri Pahang FC, Selangor FC dan PDRM FC.

Untuk makluman, pertandingan bagi usia bawah 20 tahun ini akan bermula pada 21 April (Ahad) kelak.

Saingan peringkat kumpulan akan menggunakan format liga dua pusingan (timbal balik) dan akan berakhir pada Ogos 2024.

Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan akhir yang dijadualkan berlangsung pada September dan Oktober nanti.

Difahamkan, ganjaran berupa wang tunai yang akan diperolehi oleh pemenang pada tahun ini sama seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM100,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

komen