Terbuka Perancis: Empat Wakil Negara Kandas Pusingan 32
March 6, 2024 Hafizuddin Omar

Empat wakil negara terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Terbuka Perancis 2024 selepas tumpas di tangan lawan masing-masing pada pusingan 32, semalam.

Episod kandas itu bermula dengan beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi tewas kepada gandingan No.1 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.

Pertarungan itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi tumpas secara “straight set” menerusi skor 13-12 dan 22-24 di tangan Satwiksairaj-Chirag.

Selepas itu, episod kandas itu diteruskan oleh beregu lelaki No.4 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin ketika bertemu Lee Fang-Chih dan Lee Fang Jen.

Sze Fei-Izzuddin turut mengalami kekalahan secara “straight set” di tangan beregu yang menghuni ranking ke-24 dunia itu menerusi skor 19-21 dan 17-21.

Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menjadi wakil ketiga yang terkandas di pusingan 32 selepas tumpas di tangan penghuni ranking kesembilan dunia dari China, Wang Zhi Yi menerusi skot 10-21 dan 14-21.

Akhir sekali, episod kandas melibatkan wakil negara disusuli oleh beregu campuran No.2 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.

Soon Huat-Shevon terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 ini selepas ditumpaskan oleh wakil tuan rumah, Thom Gicquel dan Delphine Delrue  menerusi skor 19-21 dan 16-21.

Sementara itu, disebalik empat wakil negara yang terkandas, dua beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menulis skrip yang sebaliknya apabila berjaya meramkankan kemenangan sekaligus layak ke pusingan 16.

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron-Wooi Yik mara susulan lawannya dari Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Siedel memberhentikan permainan pada set pertama ekoran mengalami kecederaan.

Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun pula berhasil menumpaskan beregu Kanada, Kevin Tee dan Ty Alexander Lindeman secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-8.  

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen