Terbuka Perancis: Pemain Ranking Ke-33 Dunia Singkir Zii Jia
March 7, 2024 Hafizuddin Omar

Kempen perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dalam Terbuka Perancis 2024 menemui titik noktahnya seawal pusingan 32.

Lebih malang, kempennya itu dinoktahkan oleh pemain Denmark yang berada di ranking ke-33 dunia, Magnus Johannesen.

Di dalam pertarungan itu, Magnus berhasil menumpaskan Zii Jia secara “straight set” menerusi skor 21-15 dan 21-19 dalam tempoh masa 41 minit.

Kemenangan Magnus itu membolehkannya membalas dendam terhadap kekalahan di tangan Zii Jia pada pertemuan pertamanya di Terbuka Jerman tahun lalu.

Sementara itu, Magnus yang melakar kemenangan dapat meneruskan langkahnya ke pusingan 16 bertemu pemain China, Shi Yu Qi.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen