Kedah, KL City Dapat ‘Talian Hayat’ Selesai Tunggakan Gaji Tahun 2023
March 7, 2024 Hafizuddin Omar

Dua pasukan Liga Super iaitu Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City) diberikan talian hayat terakhir oleh First Instance Body (FIB).

Talian hayat itu diberikan untuk menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka pada tahun 2023 secara berperingkat.

“Kedah dan KL City diarahkan untuk membuat pembayaran pertama sebanyak 50 peratus pada atau sebelum 15 Mac,”

“Dan penyelesaian penuh pada atau sebelum 29 Mac 2024,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam.

Difahamkan, kegalalan untuk membuat pembayaran seperti tarikh yang ditetapkan boleh mengakibatkan kedua-dua kelab tersebut dikenakan dua bentuk hukuman.

Bentuk hukuman tersebut adalah sekatan perpindahan pemain berserta denda atau penarikan Lesen Kebangsaan oleh FIB.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

Komen