Pasukan Liga M3 Boleh Guna 2 Pemain Import – Yusoff Mahadi
March 8, 2024 Hafizuddin Omar

Pasukan-pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M3 atau nama komersilnya MBSB Bank Championship 2024-25 dibenarkan menggunakan khidmat pemain import.

Bagaimanapun, Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi memaklumkan penggunaan khidmat pemain import terbabit mestilah berdasarkan garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Antaranya, setiap pasukan boleh menggunakan maksimum dua pemain import, mendaftarkan pemain berusia 18 hingga 21 tahun sahaja serta perlu menyediakan deposit enam bulan gaji.

Selain itu, pemain-pemain import yang didaftarkan ini hanya boleh digunakan oleh pasukan-pasukan Liga M3 sehingga berusia 23 tahun sahaja.

Tambah Yusoff Mahadi lagi, pengenalan pemain import ini bertujuan meningkatkan nilai komersil saingan yang kini memasuki edisi kedua penganjuran pada tahun ini.

Pada masa yang sama, AFL tidal memberi tekanan kepada mana-mana pasukan untuk mendaftarkan pemain import kerana ianya tidal bersifat tidal wajib dan bergantung kepada kedudukan kewangan masing-masing.

“Keputusan membenarkan khidmat pemain import ini akan memberi pendedahan awal kepada semua pasukan MBSB Championship yang mempunyai peluang untuk dipromosikan ke Liga Super pada musim hadapan.”

“Ianya juga boleh merapatkan jurang apabila bertembung dengan pasukan Liga Super di ‘cross-over competition’ (Piala FA & Piala Malaysia),”

Terdahulu, AFL telah memaklumkan sebanyak sembilan buah pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam saingan Liga M3 2024-25.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen