Negeri Sembilan Sambar Tonggak Juara Liga J3 – Takumi Sasaki
March 12, 2024 Hafizuddin Omar

Tonggak kelab yang menjuarai saingan Liga J3 di Jepun, Ehime FC, iaitu Takumi Sasaki menjadi pemain import terbaru ditandatangani oleh Negeri Sembilan FC bagi mengharungi sainga Liga Malaysia 2024-25.

Kedatangan Sasaki yang merupakan seorang pemain tengah diumumkan secara rasmi oleh skuad berjulukan Hobin Jang Hobin menerusi pelbagai platform media sosialnya, sekitar lewat malam tadi.

Sasaki, bakal menjengah usia 26 tahun pada penghujung bulan ini, merupakan seorang pemain tengah menyerang yang juga mampu beraksi sebagai pemain tengah kanan.

Pada musim lalu, Sasaki merekodkan 22 penampilan serta menjaringkan dua gol bersama bersama kelab lamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923)

Menariknya, semasa zaman remajanya, Sasaki pernah menyarung jersi skuad kebangsaan negaranya iaitu skuad Jepun bawah 20 tahun (B-20).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus, khidmat Sasaki disambar oleh kelabnya bukanlah semata-mata berdasarkan kemampuan teknikalnya di atas padang.

Bahkan latar belakang Sasaki dari negara matahari terbit itu memberi peluang kepada Negeri Sembilan FC untuk meneroka pelbagai peluang terutamanya kerjasama dengan kelab-kelab bola sepak di negara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923)

Sebelum ini, Faliq pernah mendedahkan Negeri Sembilan FC sedang merancang untuk melakukan kerjasama dengan kelab-kelab di luar negara yang akan memudahkan mereka mendapatkan khidmat pemain-pemain import yang berkualiti.

Terdahulu, pada sebelah petang, Negeri Sembilan FC memperkenalkan pemain import kedua ditandatanganinya biaitu Jacque Faye, 29 tahun, berketinggian 1.76 meter (m), merangkap bekas pertahanan PDRM FC yang menjuarai Challenge Cup musim lalu.

Beberapa hari lepas, Negeri Sembilan FC mengumumkan Hein Htet Aung kelahiran Myanmar yang dipinjam daripada Selangor FC kekal bersamanya untuk menghadapi saingan musim 2024-25.

Dimaklumkan, Negeri Sembilan FC menyasarkan untuk menggunakan lima pemain import sahaja pada musim ini.

Featured Image: Negeri Sembilan Football Club

Komen