Luqman Hakim Dipanggil Sertai Skuad Piala Asia B-23
March 12, 2024 Hafizuddin Omar

Pemain negara yang beraksi dalam kancah ketiga bola sepak Jepun, J3 League iaitu Luqman Hakim Shamsudin dipanggil menyertai skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) untuk menghadapi Piala Asia B-23.

Nama penyerang berusia 22 tahun terbabit yang kini beraksi bersama Yokohama SCC tercatat dalam senarai 17 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres Garrido sepertimana disiarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Turut sama mengisi senarai terbabit adalah seorang lagi pemain muda yang beraksi di luar negara iaitu Annil Vigneswaran yang beraksi bersama Waldhof Mannheim di Jerman.

Sementara itu, 15 pemain lagi terdiri kalangan pemain yang beraksi dalam kancah bola sepak tempatan dari pelbagai kelab seperti; Daryl Sham, Najmudin Akmal, Fergus Tierney, Umar Hakeem (Johor Darul Ta’zim/Johor Darul Ta’zim II), Azim Al Amin, Syahir Bashah dan Abu Khalil (Selangor FC).

Ianya diikuti oleh Rahadiazli Rahalim, Ubaidullah, Faris Rifqi (Terengganu FC/Terengganu FC II), Aiman Khairul Yusni, Firdaus Fuad (Perak FC), Aiman Afif (Kedah Darul Aman FC), Alif Ikmalrizal (Penang FC) dan Saiful Jamaluddin (Sri Pahang FC).

Sementara itu, senarai ini akan disertai beberapa pemain yang ketika ini sedang menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon sejak 8 Mac lalu.

Pemain-pemain tersebut yang tidak berada dalam skuad akhir untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman akan dilepaskan untuk menyertai skuad bimbingan Juan Torres.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Featured Image: YSCC

Komen