All England 2024: Aaron-Wooi Yik Mara, Yew Sin-Ee Yi Kandas
March 13, 2024 Hafizuddin Omar

Dua nasib yang berbeza menimpas beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada pusingan 32 Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2024.

Gandingan Aaron-Wooi Yik memulakan kempen All England kali ini dengan langkah kanan apabila berhasil menumpaskan lawannya yang merupakan rakan senegara iaitu Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pada pusingan tersebut.

Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan menumpaskan Sze Fei-Izzuddin secara “straight set” menerusi skor 21-19 dan 21-17 dalam tempoh masa 33 minit sekaligus menempah tiket kemaraan ke pusingan 16 bagi Jelajah Dunia BWF Super 1000.

Pada pusingan berikutanya, Aaron-Wooi Yik akan bertemu beregu Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-39 dunia, Chang Ko-Chi dan Po Li-Wei.

Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur mengemaskan beg baju masing-masing dan meninggalkan saingan All England sejurus sahaja tamat pusingan 32.

Ini susulan Yew Sin-Ee Yi gagal menjinakkan beregu No.8 dunia dari China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi dimana mereka tumpas menerusi tiga set permainan yang berlangsung sengit menerusi skor 21-15, 21-23 dan 14-21 dalam tempoh masa 65 minit.

Manakala seorang lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang bakal menentang beregu No.2 Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito akan diketahui nasibnya pada awal pagi nanti.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen