Artikel

All England 2024: Pearly-Thinaah Atasi Rakan Senegara Ke Pusingan 16

Beregu wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2024 dengan langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan pada pusingan 32.

Gandingan yang menghuni ranking ke-15 dunia itu melakar kemenangan itu ke atas beregu yang merupakan rakan senegara iaitu Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien.

Pertembungan itu menyaksikan Pearly-Thinaah menumpaskan mereka secara “straight set” menerusi skor 21-10 dan 21-10 dalam tempoh masa 26 minit sahaja.

Pada masa yang sama, kemenangan itu sekaligus menjadikan Pearly-Thinaah merekodkan tiga kemenangan daripada pertemuan menentang Vivian-Chiew Sien di sebarang pentas antarabangsa.

Dengan kemenangan tersebut, Pearly-Thinaah dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000.

Lawan mereka di peringkat tersebut samada beregu No.1 dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan atau beregu Chinese Taipei yang berada di ranking ke-26 dunia, Hsu Ya Ching dan Lin Wan Ching.

komen