Negeri Sembilan Ikat Pertahanan Juara Piala Dunia B-17
March 13, 2024 Hafizuddin Omar

Anggota skuad kebangsaan Nigeria bawah 17 tahun (B-17) yang menjuarai saingan Piala Dunia B-17 pada tahun 2013 iaitu Aliyu Abubakar menjadi pemain import terbaru yang ditandatangani oleh Negeri Sembilan FC.

Aliyu yang kini berusia 27 tahun, berketinggian 1.88 meter (m), seorang pertahanan tengah yang turut mampu beraksi sebagai bek kiri serta kanan diperkenalkan sebagai pemain baharu Negeri Sembilan FC, semalam.

Pengenalannya itu dikongsikan oleh Negeri Sembilan FC menerusi beberapa hantaran di pelbagai platform media sosial miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923)

Pada musim lalu, Aliyu merupakan pemain FC Khan Tengri yang beraksi dalam saingan Liga Premier Kazakhstan.

Selain Kazakhstan, Aliyu pernah beraksi di beberapa buah negara eropah seperti Finland, Georgia, Belarus, Ukraine, Bosnia & Herzegovina serta negara di benua afrika iaitu Tunisia.

Untuk makluman semua, Aliyu merupakan pemain import keempat yang dibawa masuk oleh Negeri Sembilan FC pada jendela perpindahan kali ini.

Sebelum ini, skuad berjulukan Hobin Jang Hobin ini telah membawa masuk Hein Htet Aung (dipinjamkan Selangor FC), Jacque Faye dan dan Takumi Sasaki.

Featured Image: Negeri Sembilan FC

Komen