Jordan Mintah Sertai Kuching City FC, Bakal Beraksi Tahun Ke-5 Di Malaysia
March 13, 2024 Hafizuddin Omar

Naib juara Challenge Cup 2023, Kuching City FC menjadi kelab baharu buat Jordan Mintah.

Penyertaan penyerang kelahiran Ghana bersama skuad berjulukan The Cats itu diumumkan secara rasmi menerusi satu video berdurasi 68 saat di pelbagai platform media sosialnya, hari ini.

Perkembangan ini bakal membuatkan Mintah beraksi dalam saingan Liga Malaysia buat musim kelima secara berturut-turut.

Sebagai rekod, Mintah merekodkan 10 penampilan dalam saingan Liga Super selain tiga kali dalam pertandingan Piala FA. Selain itu, khidmatnya turut digunakan oleh ketua jurulatih Terengganu FC II, Hairuddin Omar untuk bersaing dalam kancah Piala MFL.

Bersama kesemua pasukan itu, Mintah berhasil meledak 11 gol selain mencipta satu bantuan gol.

Untuk makluman, Mintah merupakan pemain import baharu yang ketiga ditandatangani oleh Kuching City bimbingan Aidil Sharin Sahak pada jendela perpindahan kali ini.

Sebelum ini, Kuching City telah mengikat khidmat bekas pertahanan PDRM FC, James Okwuosa dan bekas penyerang KL City FC, Tchetche Kipre.

Featured Image: Terengganu FC

Komen