Rekod perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila bertemu pemain muda Jepun yang sedang meningkat naik iaitu Kodai Naraoka tidak begitu baik.
Daripada empat pertemuan, Zii Jia hanya berjaya meraih satu kemenangan dan ianya berlaku di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) tahun lalu.
Sementara itu, tiga lagi pertemuan yang berlangsung di Terbuka Malaysia 2023, Terbuka China 2023 dan Terbuka India 2024 berpihak kepada Kodai.
Namun begitu, Zii Jia berhasil mengulangi kembali kemenangannya ke atas Kodai apabila turun berentap di peringkat pusingan 32 dalam saingan All England pada lewat petang semalam (waktu Malaysia).
YONEX All England Open Badminton Championships 2024
MS – R32
21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🏅
12 19 🇯🇵Kodai NARAOKA🕚 in 49 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 13, 2024
Lebih manis, Zii Jia berhasil melakar kemenangan tersebut dengan bergaya iaitu secara “straight set” menerusi skor 21-12 dan 21-19 dalam tempoh masa 49 minit.
Kemenangan itu sekaligus membawa Zii Jia ke pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 yang menjanjikan hadiah wang tunai sebanyak AS$1.3 juta secara keseluruhan.
Pada pusingan 16 kelak, Zii Jia akan bertemu pemain No.1 Singapura merangkap juara Kejohanan Dunia 2021 untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.
Berdasarkan rekod, Zii Jia mempunyai rekod Kean Yew sebanyak tujuh kali dan pemain yang bakal menjelma usia 26 tahun ini berhasil mencatatkan lima kemenangan.
Featured Image: Australian Badminton Open