Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang menghuni ranking kesembilan dunia berhasil menempah tiket kemaraan ke pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2024.
Lebih manis, Tang Jie-Ee Wei melakar kemaraan tersebut dengan menumpaskan juara Kejohanan Dunia 2021 merangkap pilihan keenam kejohanan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai pada pusingan 32, lewat petang semalam (waktu Malaysia).
Pertarungan melibatkan kedua-dua pasangan terbabit berlangsung sengit dengan memakan masa lebih satu jam sebelum Tang Jie-Ee Wei muncul sebagai pemenangnya menerusi skor 21-14, 12-21 dan 21-15.
YONEX All England Open Badminton Championships 2024
XD – R32
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 12 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH
14 21 15 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🕚 in 57 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 13, 2024
Pada masa yang sama, keputusan terbabit menjadikan Tang Jie-Ee Wei kini telah mencatatkan dua kemenangan daripada tujuh pertemuan di pentas antarabangsa bertemu Dechapol-Sapsiree.
Sementara itu, pada pusingan 16 nanti, Tang Jie-Ee Wei akan berhadapan gandingan Belanda yang berada di ranking ke-15 dunia, Robin Tabeling dan Selena Piek.
Terdahulu, gandingan No.1 Belanda itu mara selepas menumpaskan pasangan Denmark, Mathias Thyrri dan Amalie Magelund menerusi tiga set permainan yang berskor 14-21, 21-13 dan 24-22 pada pusingan 32.
Berdasarkan rekod, Tang Jie-Ee Wei pernah bertemu Robin-Selena sebanyak empat kali sebelum ini dan mereka berhasil memenangi tiga daripada empat pertemuan tersebut.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia