Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meneruskan kemaraannya ke peringkat suku akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2024.
Menantinya di sana adalah perseorangan lelaki No.2 India, Lakshya Sen – pemain yang pernah mengalahkan Zii Jia sebanyak tiga kali daripada empat pertemuan di kejohanan antarabangsa.
Bahkan pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pemain yang berlangsung di Terbuka Indonesia pada tahun lalu turut menyaksikan kemenangan berpihak kepada Sen secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-13.
Daripada empat pertemuan terbabit, Zii Jia hanya menang sebanyak satu kali iaitu semasa turun mewakili skuad Malaysia berentap menentang India dalam saingan Piala Thomas 2022.
RESULTS: #AllEngland2024
R16#MAS🇲🇾 Lee Zii Jia def. #SGP🇸🇬 Loh Kean Yew 21-15 21-12
📷 @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/OjTaslLYil
— BAM (@BA_Malaysia) March 14, 2024
Terdahulu Zii Jia berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan seterunya dari negara seberang tambak, Loh Kean Yew pada pusingan 16, semalam.
Dalam aksi tersebut, Zii Jia berhasil menumpaskan Kean Yew secara “straight set” menerusi skor 21-15 dan 21-17 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan sahaja.
Sementara itu, Sen pula mara selepas mengejutkan juara Terbuka Malaysia 2024 dan Indonesia Masters 2024 dari Denmark iaitu Anders Antonsen.
Bagaimanapun, kemaraan Sen tidak hadir dengan mudah apabila perlu menghadapi tiga set permainan yang berlanjutan sehingga satu jam dan 20 minit sebelum memenanginya menerusi skor 24-22, 11-21 dan 21-14.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023