Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan mencipta kejutan terbesar di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2024 – Jelajah Dunia BWF Super 1000.
Ketika turun beraksi pada peringkat pusingan 16 semalam, pasangan yang tidak diletakkan sebagai pilihan kejohanan ini bertindak menyingkirkan beregu wanita No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan.
Lebih mengagumkan, Pearly-Thinaah melakar kemenangan tersebut secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 21-16 dalam tempoh masa 49 minit permainan sekaligus menempah tiket kemaraan ke peringkat suku akhir.
YONEX All England Open Badminton Championships 2024
WD – R16
🇲🇾TAN Pearly🏅
22 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅
🇨🇳CHEN Qing Chen
20 16 🇨🇳JIA Yi Fan🕚 in 49 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2024
Bukan itu sahaja, keputusan itu menjadikan Pearly-Thinaah berjaya “memecahkan telur” buat julung kalinya apabila bertemu Qing Chen-Yi Fan.
Sebelum ini, Pearly-Thinaah pernah bertemu Qing Chen-Yi Fan sebanyak lima kali dan kesemuanya berakhir dengan kekalahan.
Pada peringkat seterusnya, Pearly-Thinaah akan bertemu gandingan Jepun yang menghuni ranking kesebelas dunia, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto untuk merebut tike ke peringkat separuh akhir.
Rena-Ayako bukanlah lawan yang asing buat Pearly-Thinaah dimana mereka pernah berentap sebanyak dua kali sebelum ini.
Kedua-dua pasangan ini pastinya diingati oleh majoriti peminat badminton tanah air apabila bertarung selama hampir satu jam dan setengah dalam saingan Malaysia Masters 2023 sebelum Pearly-Thinaah berjaya memenanginya menerusi skor 21-17, 18-21 dan 21-19.
Featured Image: Badminton Association of Thailand