Artikel

Malaysia vs Oman: KBS Sedia 3 Lokasi Tayangan Skrin Besar Di Lembah Klang

Penyokong yang tidak berkesempatan atau berpeluang untuk turut ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak kebangsaan menentang Oman kelak boleh menyaksikannya melalui tayangan skrin besar anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sebanyak 16 lokasi tayangan skrin besar di seluruh negara termasuk tiga lokasi di Lembah Klang disediakan oleh KBS buat para penyokong skuad berjulukan Harimau Malaya.

Senarai 16 lokasi tayangan skrin besar yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
  • Dataran Putrajaya, Presint 3
  • Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Padang Kota Lama, Georgetown
  • Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak
  • Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  • Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh
  • Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi
  • Politeknik Kota Bharu, Kelantan
  • Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu
  • Padang MBK 1, Kuantan
  • Dataran Perayaan, Kuching
  • Padang Ragbi ERC, Bandar Utama, Sandakan
  • Muzium Marin Labuan

Aksi antara Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon dan Oman yang berada di ranking ke-80 dunia ini merupakan perlawanan keempat peringkat Kumpulan D bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 26 Mac (Selasa) dengan sepak mula pada pukul 10 malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @jbsnegara

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen