Skuad yang muncul naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC menghadirkan seorang lagi pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-25.
Pemain baharu tersebut ialah Marin Pilj, 27 tahun, berketinggian 1.65 meter (m), merupakan seorang pemain tengah menyerang yang berasal dari Croatia.
Kehadiran Marin itu diumumkan secara rasmi oleh Terengganu FC menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam.
Bersama Terengganu FC sepanjang musim baharu nanti, Marin yang turut berkebolehan untuk beraksi selaku pemain tengah dan pemain tengah bertahan akan menyarung jersi bernombor 60.
View this post on Instagram
Difahamkan, nombor itu dipilih untuk didedikasikan kepada mendiang bapanya yang telah meninggal dunia pada tahun lepas ketika berusia 60 tahun.
Diceritakan olehnya, Marin mempunyai hubungan yang sangat baik bersama bapanya selain menjadi individu yang bertanggungjawab memberikan galakan kepadanya untuk bermain bola sepak sejak kecil.
Untuk makluman, sebelum ini, Terengganu FC bimbingan Tomislav Steinbruckner telah mengikat empat pemain import pada jendela perpindahan kali ini iaitu Ismaheel Akinade, Matthew Steenvoorden dan Manuel Ott.
Featured Image: Terengganu FC