Miroslav Kuljanac Naik Pangkat, Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih KL City
March 19, 2024 Hafizuddin Omar

Teka-teki mengenai calon yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Nenad Bacina selaku ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City) terjawab.

Menerusi makluman rasmi, KL City mengisi kekosongan itu dengan menaikkan pangkat penolong jurulatihnya, Miroslav Kuljanac.

Berusia 53 tahun, Kuljanac atau lebih dikenali sebagai Kuljo bukan nama yang asing dengan KL City dengan menjadi penolong jurulatih pada era Bojan Hodak.

Bahkan, Kuljo juga pernah memegang jawatan sebagai ketua jurulatih interim (sementara) pada tahun lepas sebelum Nenad hadir menggantikan Bojan yang menerima tawaran Persib Bandung.

Tempoh pendek Kuljo sebagai ketua jurulatih itu turut diserikan dengan satu kemenangan besar 5-1 ke atas Kelantan FC dalam saingan Liga Super.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kuala Lumpur City FC (@klcityfootball)

Featured Image: Kuala Lumpur City FC

Komen