Ruichang Masters: Letshanaa Atasi Radhakrishnan Ke Pusingan 16
March 20, 2024 Hafizuddin Omar

Perseorangan wanita No.2 negara, Letshanaa Karupathevan bermula dengan langkah kanan mencipta kemenangan pada pusingan 32 dalam saingan Ruichang China Masters 2024.

Langkah itu dicipta pemain berusia 20 tahun tersebut dengan menumpaskan rakan senegara yang menghuni ranking ke-181 dunia, Kasturi Radhakrishnan sebentar tadi.

Pertarungan itu berkesudahan dengan Letshanaa meraih kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-11 dan 21-16 dalam tempoh 31 minit.

Susulan kemenangan itu, Letshanaa yang turut diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16 dalam saingan Jelajah BWF bertaraf Super 100 ini.

Menantinya pada peringkat tersebut adalah pemain tuan rumah, Han Qian Xi yang menghuni ranking ke-358 dunia untuk merebut tiket kemaraan ke suku akhir.

Komen