Dua perseorangan lelaki negara mengalami dua nasib yang berbeza ketika memulakan aksi di saingan Terbuka Swiss 2024.
Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berjaya bermula dengan langkah kanan apabila merekodkan kemenangan ke atas lawannya pada pusingan 32, malam tadi.
Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan mencatatkan kemenangan tersebut ke atas pemain Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-30 dunia, Su Li Yang secara “straight set” menerusi skor 21-19 dan 21-12 dalam tempoh 42 minit.
YONEX Swiss Open 2024
MS – R32
21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🏅
19 12 SU Li Yang🕚 in 42 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 20, 2024
Kemenangan itu sekaligus membawanya ke pusingan 16 bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 ini bertemu pemain No.3 India, Kidambi Srikanth.
Terdahulu, Kidambi mara selepas merekodkan kemenangan juga secara “straight set” berskor 21-17 dan 21-18 ke atas pemain Chinese Taipei, Wang Tzu Wei.
Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa mengucapkan selamat tinggal awal kepada saingan Terbuka Swiss kali ini.
YONEX Swiss Open 2024
MS – R32
21 15 21 🇮🇳Lakshya SEN🏅
19 21 11 🇲🇾LEONG Jun Hao🕚 in 62 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 20, 2024
Ianya berikutan Jun Hao tewas perlawanan pembukaannya kepada pemain No.2 India, Lakshya Sen.
Bagaimanapun, Jun Hao tidak memberikan jalan yang mudah buat Sen untuk mara ke pusingan 16.
Sen terpaksa berentap dengan Jun Hao sehingga tiga set permainan yang berlanjutan melebihi satu jam permainan sebelum dapat mengesahkan kemenangan menerusi skor 21-19, 15-21 dan 21-11.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia