Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia tersingkir pada peringkat pusingan 16 sekaligus gagal mara ke peringkat suku akhir Terbuka Swiss 2024.
Penyingkiran itu berpunca daripada Zii Jia tewas secara “straight set” di tangan pemain No.3 India, Kidambi Srikanth.
Dalam pertembungan itu, Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan No.1 kejohanan tewas menerusi skor 16-21 dan 15-21 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.
RESULTS: #SwissOpen2024
R16#IND🇮🇳 Kidambi Srikanth def. #MAS🇲🇾 Lee Zii Jia(1) 21-16 21-15
📷 @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/WT27fDVszA
— BAM (@BA_Malaysia) March 21, 2024
Keputusan mengejutkan itu menjadikan Zii Jia tewas buat kali kedua di tangan Kidambi selepas bertemunya sebanyak enam kali di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Kidambi yang melakar kemenangan berhasil meneruskan langkah ke pusingan 16 bagi saingan Jelajah Dunia BWF Super 300 tersebut.
Menantinya di peringkat tersebut adalah perseorangan Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-34 dunia, Lee Chia Hao.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia