Artikel

Malaysia Airlines Rakan Penerbangan Rasmi Man Utd

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines kini merupakan Rakan Penerbangan Komersil Rasmi Manchester United.

Perkembangan tersebut hadir susulan Malaysia Airlines dan kelab yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengumumkan menjalinkan kerjasama jangka masa panjang.

Kerjasama itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Malaysia Airlines Group, Izham Ismail di Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2024 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada hari ini.

Pengumuman itu turut diraikan oleh dua bekas pemain Manchester United iaitu Patrice Evra dan Wes Brown yang terbang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines untuk turut sama menghadiri acara tersebut.

Bagi meraikan kerjasama ini, Malaysia Airlines mengadakan satu pertandingan yang menawarkan peluang buat seorang peminat bertuah bagi merasai sendiri sambutan hangat dan pengalaman hospitaliti premium daripada syarikat penerbangan ini.

Pemenang pertandingan ini akan menerusi dia tiket penerbangan kelas bisnes, penginapan dua malam di Manchester, baju Manchester United, dua pas eksklusif untuk menyaksikan sesi latihan skuad utama dan dua tiket untuk menyaksikan perlawanan skuad Red Devils di Old Trafford.

Sertai pertandingan oleh Malaysia Airlines DI SINI.

komen