Artikel

ABK23: Arif Aiman Cipta Hatrik Anugerah Pemain Paling Bernilai

Penyerang sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berusia 21 tahun, Arif Aiman Hanapi sekali lagi diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23), malam tadi.

Kejayaan itu membolehkan pemain kelahiran Kuantan, Pahang ini mencipta hatrik bagi anugerah berkenaan selepas memenanginya dua kali berturut-turut pada ABK21 dan ABK22 yang lalu.

Bukan itu sahaja, majlis ABK23 itu turut menyaksikan Arif berjaya menggondol empat anugerah lain yang dipertandingkan iaitu Pemain Muda Terbaik, Penyerang Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super.

Sebagai rekod, Arif Aiman menjadi pemain pemain mencatatkan kemenangan Anugerah MVP secara tiga kali berturut-turut selepas Norshahrul Idlan Talaha memenanginya pada tahun 2010 hingga 2012.

Sementara itu, bagi anugerah lain yang dipertandingkan di ABK23, senarai pemenangnya adalah seperti berikut:

  • Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe
  • Penjaga Gol Terbaik: Syihan Hazmi
  • Pertahanan Terbaik: Azam Azmi Murad
  • Pemain Tengah Terbaik: Afiq Fazail
  • Pemain Import Terbaik: Bergson da Silva
  • Penjaring Terbanyak Liga Super: Ayron Del Valle
  • Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super: Faisal Halim
  • Pemain Terbaik Piala MFL: Ubaidullah Shamsul
  • Penjaring Terbanyak Piala MFL: Ebenezer Assifuah
  • Pasukan Terbaik: Johor Darul Ta’zim
  • Anugerah Fair Play: Terengganu FC

Untuk makluman, seramai 398 daripada 782 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK23 yang terdiri daripada Penolong Ketua Jurulatih Kebangsaan, E. Elavrasan; Timbalan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Razman Roslan; AJK Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Noor Zaidi Rohamat; Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Rozaidi Zulkifli dan wakil penyiar rasmi LIga Malaysia (HB), Keeshaanan Sundaresan bagi menyenaraipendekkan 10 pemain terbaik dalam setiap kategori.

Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

Pemilihan pemain terbaik bagi lapan kategori telah dibuat menerusi undian 14 ketua jurulatih dan 14 ketua pasukan Liga Super, 15 ketua jurulatih dan 15 ketua pasukan Piala MFL serta 29 wakil media.

Sementara itu, bagi Anugerah Pasukan Terbaik diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL; Anugerah Fair Play pula ditentukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan akhir sekali, Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 ditentukan menerusi undian para penyokong.

Manakala kesebelasan terbaik dan jurulatih pilihan para penyokong Liga Malaysia yang mengundi untuk mengisi FAN XI adalah seperti berikut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

komen