Terengganu FC Ambil Langkah Berjimat, Pramusim Dalam Negara Sahaja
March 26, 2024 Hafizuddin Omar

Naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC akan menjalani aksi pramusim di dalam negara sahaja sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-25.

Dimaklumkan, keputusan oleh skuad berpangkalan di pantai timur itu dibuat bagi mengurangkan kos operasi kelab.

Pengarah Sukan Terengganu FC, Zulfadli Rozi mengesahkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Saingan pramusim Terengganu FC kendalian Tomislav Steinbruckner akan bermula dengan tiga siri perlawanan di Lembah Klang bermula 31 Mac hingga 4 April 2024.

Bagaimanapun, pasukan yang akan menjadi lawan Terengganu FC bagi ketiga-tiga perlawanan tersebut tidak didedahkan.

Selepas itu, Terengganu FC akan menganjurkan dan menyertai perlawanan jemputan empat penjuru melibatkan Terengganu FC II, Kedah Darul Aman FC dan Penang di Kuala Terengganu dari 17 April hingga 21 April 2024.

Sementara itu, Terengganu FC akan menutup aksi pramusimnya dengan dua perlawanan persahabatan bersama-sama dengan pengujian sistem video bantuan pengadil (VAR) yang dijadualkan berlangsung pada 28 April dan 3 Mei masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terengganu Football Club️️ (@officialterengganufc)

Featured Image: Terengganu FC

Komen