Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai kini berada di tangga ke-13 dunia – meningkat satu anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu.
Peningkatan tersebut terhasil susulan Soon Huat-Shevon berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Swiss 2024 pada Ahad lalu – memberikan mereka tambahan sebanyak 7,000 mata.
Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pertambahan mata itu membolehkan Soon Huat-Shevon kini mengumpul 58,924 mata secara keseluruhan.
Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya Soon Huat-Shevon meninggalkan tangga ke-14 dunia selepas jatuh ke kedudukan berkenaan sejak 22 Oktober yang lalu.
Sementara itu, kedudukan beregu campuran No.1 negara yang muncul naib juara Terbuka Swiss 2024, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei pula kekal di tangga kesembilan dunia.
Kedudukan beregu campuran No.3 negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing juga tidak berubah, kekal, di tangga ke-24 dunia.
Featured Image: Victor Facebook