Penang FC Pinjam Pertahanan Import Skuad Gergasi Merah
March 29, 2024 Hafizuddin Omar

Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC menambah seorang pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2024-25.

Pemain tersebut adalah pertahanan kelahiran Ghana berusia 24 tahun, Richmond Ankrah yang dipinjam daripada Selangor FC atau nama julukannya iaitu Gergasi Merah.

Dimaklumkan, Ankrah yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia sejak musim 2022 terbabit diberikan jersi bernombor 4 untuk disarung sepanjang bersama Penang FC.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)

Untuk makluman, Ankrah merekodkan empat penampilan dalam saingan Liga Super musim lalu disamping beraksi sebanyak enam kali dalam kancah Piala MFL bersama skuad Selangor FC II.

Sebagai rekod, Ankrah yang berketinggian 1.91 meter ini menjadi pemain kedua yang dipinjam oleh Penang FC daripada Selangor FC selepas penjaga gol, SIkh Izhan Nazrel. 

Terdahulu Penang FC kendalian Akmal Rizal telah mengumumkan mengikat khidmat penyerang kelahiran Brazil yang berusia 30 tahun, Rodrigo da Silva Dias.

Selain itu, mereka turut mengesahkan mengekalkan pertahanan import merangkap kapten musim lalu, Rafael Vitor.

Pada awal Februari lalu, Akmal Rizal memaklumkan skuad kendaliannya hanya mengikat tiga pemain import bagi mengharungi musim ini dengan memberikan bayangan ianya datang dari Brazil, Chile dan Rwanda.

Featured Image: Penang Football Club

Komen