Perseorangan lelaki No.3 negara, Leong Jun Hao berjaya meneruskan langkah ke peringkat suku akhir dalam saingan Madrid Spain Masters 2024.
Bagaimanapun, kemaraan itu membawanya bertemu bekas pemain No.2 dunia dari Chinese Taipei iaitu Chou Tien Chen untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.
Terdahulu, Jun Hao yang menghuni ranking ke-37 dunia berhasil menumpaskan pemain No.2 Chinese Taipei, Lin Chun-yi pada pusingan 16.
Pemain berusia 24 tahun terbabit berhasil menumpaskan Chun-yi secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-18 dalam tempoh sekitar setengah jam sahaja.
RESULTS: #SpainMasters2024
R16#MAS🇲🇾 Leong Jun Hao def. #TPE Lin Chun Yi(6) 21-17 21-18#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ncspzRI8ee
— BAM (@BA_Malaysia) March 28, 2024
Sementara itu, Tien Chen pula mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan pemain No.2 Singapura, Jason Teh Jia Heng menerusi tiga set permainan sengit yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-14 dan 22-20 dalam tempoh hampir satu jam.
Untuk makluman, pertembungan antara Jun Hao dan Tien Chen pada malam ini adalah yang pertama buat kedua-dua pemain di pentas kejohanan antarabangsa.
Sebagai tambahan, ini merupakan kemaraan sulung Jun Hao ke peringkat suku akhir dalam mana-mana kejohanan yang disertainya setakat tahun ini.
Featured Image: Thailand Open