Madrid Spain Masters: Arif-Roy King, Beregu No.2 India Rebut Tiket Ke Separuh Akhir
March 29, 2024 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.2 India, M.R. Arjun dan Dhruv Kapila menjadi halangan seterusnya buat Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King dalam saingan Madrid Spain Masters 2024.

Kedua-dua beregu ini bertembung buat julung kalinya pada peringkat suku akhir Jelajah Dunia BWF Super 300 ini selepas meraih kemenangan pada pusingan 16 ke atas lawan masing-masing.

Terdahulu, Arif-Junaidi mara selepas menumpaskan beregu Chinese Taipei, Lu Chen dan Po Li-Wei dalam satu perlawanan sengit yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-15 dan 24-22 dalam tempoh masa sekitar satu jam.

Sementara itu, Arjun-Kapila pula mara dengan menyingkirkan beregu Scotland, Christopher Grimley dan Matthew Grimley secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-19 dalam tempoh masa 37 minit.

Untuk makluman, ini merupakan pentas suku akhir yang pertama dijejaki oleh Arif-Roy King selepas terkandas di pusingan 16 dalam saingan Terbuka Swiss 2024, pada minggu lepas.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen