Gandingan Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan sulung dalam siri pertandingan Jelajah Dunia BWF ketika beraksi dalam saingan Madrid Spain Masters 2024.
Ianya berikutan Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-65 dunia tumpas di tangan beregu Indonesia, Sabar Gutama dan Reza Isfahani yang menghuni ranking ke-34 dunia dalam perlawanan akhir saingan bertaraf Super 300 terbabit.
Dalam perlawanan tersebut, Arif-Roy King tewas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-17 dan 19-21 dalam tempoh hampir satu jam permainan.
Madrid Spain Masters 2024 by IBERDROLA
MD – Final
🇮🇩Sabar Karyaman GUTAMA🏅
21 17 21 🇮🇩Moh Reza Pahlevi ISFAHANI🏅
🇲🇾Junaidi ARIF
18 21 19 🇲🇾Roy King YAP🕚 in 52 minutes
— BWFScore (@BWFScore) March 31, 2024
Sebagai rekod, keputusan itu menjadikan Arif-Roy King kini tewas sebanyak tiga kali berturut-turut di tangan Sabar-Reza daripada empat pertembungan secara keseluruhan di pentas antarabangsa khususnya pertandingan di bawah kelolaan BWF.
Pada masa yang sama, hasil daripada menamatkan saingan Madrid Spain Masters 2024 selaku naib juara, Arif-Roy King dapat membawa pulang ganjaran berupa wang tunai berjumlah AS$7,980 atau bersamaan sekitar RM37,733.
Selain itu, Arif-Roy King turut mendapat tambahan 5,950 mata untuk dimasukkan dalam pelbagai pengiraan ranking oleh BWF.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia