Kelantan Darul Naim Ikat Pertahanan Czech Berketinggian 1.91 Meter
April 1, 2024 Hafizuddin Omar

Kelantan United FC yang dijenamakan semula sebagai Kelantan Darul Naim FC mengikat seorang lagi khidmat pemain import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2024-25.

Menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, pemain import terbaru yang diikat skuad berjulukan Kijang Emas itu ialah Michal Jerabek yang berasal dari Republik Czech.

Jerabek merupakan pertahanan tengah, berusia 30 tahun dan mempunyai ketinggian 1.91 meter (m).

Penyertaannya bersama Kelantan Darul Naim menjadikan ini merupakan kelab pertama berpangkalan di rantau asia tenggara disertainya sejak bergelar pemain bola sepak profesional.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kelantan Darul Naim FC (@kelantan_unitedfc)

Sebelum ini, kariernya banyak bertumpu di negara kelahirannya sendiri serta Kazakhstan dan Slovakia.

Sebelum menandatangani kontrak bersama Kelantan Darul Naim, Jerabek beraksi bersama MFK Zemplin Michalovce dimana dia menjadi watak utama dengan merekodkan 16 penampilan dalam kancah bola sepak Czech musim 2023-24.

Sebagai rekod, ini merupakan pemain import keenam diikat Kelantan Darul Naim selepas menandatangani Oday Kharoub dari Palestin dan empat pemain dari Republik Korea.

Pihak kelab menyasarkan untuk mengikat dua lagi pemain import dalam masa terdekat.

Featured Image: Kelantan Darul Naim FC

Komen