Ranking BWF: Zii Jia Terkeluar Daripada Kelompok ‘Top 10’
April 2, 2024 Hafizuddin Omar

Jaguh badminton tanah air, Lee Zii Jia kembali terkeluar daripada kelompok 10 pemain lelaki terbaik dunia.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu terkeluar selepas kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan Zii Jia mencatatkan penurunan satu anak tangga. 

Penurunan itu membuatnya terjatuh ke kedudukan kesebelas bagi minggu ini.

Kejatuhan itu berpunca daripada pungutan 68,296 matanya dipintas oleh rakan karibnya semasa kecil yang kini merupakan jaguh Singapura, Loh Kean Yew dengan kutipan 69,912 mata.

Pintasan itu hasil daripada Kean Yew berjaya merangkul kejuaraan di saingan Madrid Spain Masters 2024 pada Ahad lalu yang memberikannya tambahan 7,000 mata.

Manakala Zii Jia pula terkandas pada pusingan 16 di kejohanan yang sama. Perjalanan setakat itu hanya memberikannya 2,750 mata dimana ianya sama sekali tidak dicampur untuk pengiraan ranking dunianya.

Sebagai rekod, kali terakhir Zii Jia berada di luar kelompok sepuluh pemain terbaik dunia adalah pada minggu kedua tahun 2024.

Sementara itu, kedudukan pemain No.1 hingga No,9 dunia kekal sepertimana minggu lalu dimana ianya kekal diterajui oleh pemain Denmark, Viktor Axelsen.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen