Ranking BWF: Arif-Roy King Daki 15 Anak Tangga, Kini ‘Top 50’ Dunia
April 3, 2024 Hafizuddin Omar

Biarpun terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara di saingan Madrid Spain Masters 2024, kedudukan beregu lelaki, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King dalam Ranking Dunia tetap merekodkan peningkatan yang memberangsangkan.

Menerusi kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Arif-Roy King dilihat mencatatkan peningkatan sebanyak 15 anak tangga sekaligus menduduki tangga ke-50 dunia – tertinggi dihuni mereka sejak bergandingan bersama bermula tahun lalu.

Peningkatan itu dicetuskan oleh pertambahan sebanyak 5,950 mata hasil muncul naib juara Madrid Spain Masters dimana mereka kini telah mengumpul sebanyak 30,720 mata secara keseluruhan.

Sementara itu, kedudukan empat beregu lelaki utama negara iaitu Aaron-Wooi Yik, Yew Sin-Ee Yi, Wei Chong-Kai Wun dan Sze Fei-Izzuddin kekal tidak berubah sepertimana pada minggu lalu.

Keempat-empat mereka berada di ranking kelima, ke-12, ke-18 dan ke-19 masing-masing.

Manakala beregu kelima negara, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal meraih peningkatan satu anak tangga dan kini berada di ranking ke-28 dunia.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen