Filem ‘GOLD’ Inspirasi Cheah Liek Hou Rangkul Emas Paralimpik Ditayangkan 4 Julai
April 4, 2024 Hafizuddin Omar

Filem berjudul “GOLD” yang diinspirasikan daripada kejayaan perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou merangkul pingat emas di Paralimpik 2020 akan ditayangkan di pawagam bermula 4 Julai kelak.

Perkembangan itu disahkan sendiri penerbitnya, Astro Shaw menerusi satu poster yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya.

Diarahkan oleh Adrian Teh menerusi syarikat produksinya, Act 2 Pictures, filem ini menampilkan pelakon, Jack Tan dan Farid Kamil selaku Liek Hou dan Datuk Rashid Sidek masing-masing.

Secara ringkasnya filem ini membingkiskan karier badminton Liek Hou sejak dari permulaan, luar biasa prestasinya, sehinggalah dia menghidapi kebas saraf brakial dan terpaksa meneruskan karier dalam saingan badminton para kategori SU5 (physical impairment).

Sebagai tambahan, filem ini turut dibintangi Yasmin Hani (isteri Rashid), Wan Raja (ibu Rashid), Fabian Loon (Guan Teng), Freddie Ng (bapa Liek Hou), Lynn Lim (ibu Liek Hou) dan Daniel Cheah (Ah Fat).

Komen