Bekas Ketua Jurulatih PJ City Dilantik Kemudi PDRM FC
April 5, 2024 Hafizuddin Omar

P. Maniam yang pernah mengemudi Petaling Jaya City FC (PJ City) pada musim 2021 dan 2022 kembali dalam kancah Liga Super apabila diumumkan sebagai ketua jurulatih Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC).

Pengumuman itu hadir menerusi perkongsian di pelbagai platform media sosial skuad berjulukan The Cops, pada hari ini.

“Kami berbesar hati mengumumkan ketua jurulatih baharu untuk musim 2024-25, P. Maniam!” tulis kapsyen pada setiap hantaran di laman sosial PDRM FC.

Bagaimanapun, tempoh penyertaan Maniam bersama PDRM FC tidak dikongsikan kepada umum.

Sebagai rekod, ketika mengemudi PJ City, Maniam membawa skuad berjulukan The Pheonix tanpa sebarang kelibat pemain import menamatkan saingan Liga Super 2022 dan 2021 di tempat kesembilan dan ketujuh masing-masing.

Selepas PJ City menarik diri daripada bersaing dalam saingan Liga Malaysia 2023, Maniam menerima tawaran untuk mengemudi kelab Liga M3, Harini Selangor FT.

Untuk makluman, kehadiran Maniam ini sekaligus mengetepikan ketua jurulatih PDRM FC musim lalu, Dato’ Yunus Alif yang membawa The Cops muncul juara Challenge Cup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PDRM Football Club (@officialpdrmfc)

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen