Beregu lelaki No.4 tanah air, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa akur dengan gelaran naib juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024.
Ianya gara-gara gandingan pemain berusia 26 tahun masing-masing terbabit tumpas di tangan beregu tuan rumah, Liang Wei Keng dan Wang Chang dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, semalam.
Biarpun telah memberikan segala-galanya, kemenangan dan kejuaraan tetap tidak berpihak Sze Fei-Izzuddin susulan tumpas di tangan pasangan N0.3 dunia itu menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 21-17, 15-21 dan 21-10.
Pertembungan julung kalinya melibatkan kedua-dua pasangan terbabit turut memakan masa yang panjang iaitu sekitar satu jam permainan sebelum Wei Keng-Chang meninggalkan gelanggang dengan gelaran juara.
View this post on Instagram
Susulan meraih kejuaraan terbabit, Wei Keng-Chang turut meraih pungutan 12,000 mata untuk dimasukkan dalam pelbagai pengiraan ranking oleh BWF memandangkan kejohanan ini diletakkan sama taraf dengan saingan Super 1000.
Sementara itu, Sze Fei-Izzuddin pula selaku naib juara membawa pulang 10,200 mata yang memungkinkan mereka dapat memintas gandingan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun sekaligus menjadikan mereka beregu lelaki No.3 tanah air.
Tedahulu, Sze Fei-Izzuddin berjaya mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menundukkan rakan senegara merangkap beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-18.
Sebelum itu, Sze Fei Izzuddin menumpaskan Lee Yang dan Wang Chi-lin (Chinese Taipei), He Ji Ting dan Ren Xiang Yu (China) dan Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae (Republik Korea) pada peringkat suku akhir, pusingan 16 dan pusingan 32 masing-masing.
Featured Image: Badminyon Association of Malaysia