Kelab yang dimiliki oleh ahli perniagaan dan pelaburan, Norizam Tukiman iaitu Kelantan FC mendapat bimbingan Manja Man untuk menghadapi Liga A1 Semi Pro yang dahulunya dikenali sebagai Liga M3.
Perkembangan itu hadir selepas kelab berjulukan The Red Warriors tampil memperkenalkan Manja Man selaku ketua jurulatih baharu mereka menerusi hebahan di pelbagai platform media sosialnya, semalam.
Sasarannya sebagai ketua jurulatih adalah membawa kelab milik Norizam atau nama glamornya, Zamsaham layak beraksi dalam kancah Liga Super 2025-26.
“Pemain Kelantan mempunyai semangat berlawan yang kuat,”
“Saya nak kembalikan pemain Kelantan di tempat yang sepatutnya, Insya-Allah, kita pulihkan pasukan dahulu di Liga A1 Semi Pro AFL sebelum berjuang semula di Liga Super 2025-26,” kata Manja Man sepertimana dikongsingkan platform media sosial Kelantan.
Untuk makluman semua, Manja Man yang merupakan pertahanan legenda Kedah era 90-an mempunyai pengalaman melatih Perlis FA dalam saingan Piala FAM 2018 selain menjadi penolong kepada jurulatih berpengalaman, Abdul Rahman Ibrahim buat skuad Singa Utara dalam saingan Liga Super 2006.
Untuk makluman, Kelantan FC terpaksa beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro (divisyen ketiga bola sepak tanah air) selepas menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga tercorot selain gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan daripada pihak First Instance Body (FIB).
View this post on Instagram
Featured Image: Perlis FA Official