Pasukan Kuala Lumpur City FC Bawah 23 Tahun (B-23) atau nama rasminya, KL City Extension akan menghadapi saingan Piala MFL 2024-25 dengan bimbingan Nidzam Adzha Yusoff – bekas ketua jurulatih yang memimpin Kedah FA memenangi Piala Malaysia 2017.
Perlantikan Nidzam yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Teknikal KL City sebagai ketua jurulatih KL City Extension dihebahkan secara rasmi oleh skuad bepangkalan di ibu kota terbabit menerusi pelbagai platform di media sosial mereka, semalam.
Sebagai rekod, Nidzam bukanlah nama yang asing buat KL City memandangkan pernah mengemudi skuad utamanya pada tahun 2020 sehingga kayak menyertai saingan Liga Super 2021.
Pada masa yang sama, perkembangan ini menjadikan Nidzam sebagai bos kepada Norshahrul Idlan Talaha atau nama glamornya, Matyo yang turut diumumkan menyertai barisan kejurulatihan KL City Extension. Baru-baru ini.
Selain itu, mereka turut memaklumkan penyertaan bekas pemainnya pada musim 2012, Aslam Najmudeen ke dalam barisan kejurulatihannya bagi membantu Nidzam.
Sebagai rekod, KL City Extension menamatkan saingan Piala MFL 2023 di tangga kelapan peringkat Liga Juara.
View this post on Instagram
Featured Image: Persatuan Bola Sepak Kedah